Community Service Project

Sofie



Design 1
Konsep yang telah dipilih untuk rekabentuk landskap ini ialah tropika kontemporari. Konsep ini boleh diaplikasikan dalam bentuk penggunaan material semulajadi dan buatan kerana kemasannya masih berada di dalam lingkungan penggunaan konsep tropika itu sendiri. Konsep ini menggabungkan unsur tropika dan moden bersesuaian kepada konsep taman rekreasi yang ringkas dan menarik. Landskap ini direkabentuk dengan menerapkan ciri elemen landskap yang  sesuai untuk seisi keluarga beriadah dan bersantai di taman rekreasi ini. Di samping itu juga, para pengunjung yang datang ke taman rekreasi ini dapat memperoleh maklumat mengenai konsep landskap dan juga jenis tumbuhan yang terdapat di persekitaran taman ini dengan melihat di papan tanda yang terdapat di taman tersebut. Taman ini menyediakan kemudahan rekreasi kepada para pengunjung yang inginkan sesuatu kelainan maka bolehlah bermain “water cycling” yang disediakan di situ. Kemudahan lain adalah seperti gazebo turut disediakan agar para pengunjung yang datang ke taman rekreasi ini dapat beristirehat bersama keluarga mahu pun teman sambil menikmati pemandangan persekitaran taman ini dengan jelas. Taman rekreasi ini mampu untuk menarik minat penduduk setempat dan orang ramai agar bersama-sama beriadah sambil mengeratkan hubungan yang terjalin. Di samping dapat memanfaatkan kesihatan diri sendiri dengan melakukan aktiviti seperti bersenam dan berjalan kaki.


Design 2
Taman ini telah direkabentuk dengan berkonsepkan alam tropika. Seni taman dan landskap ini lebih menitikberatkan kepada pelbagai pokok yang terdapat di persekitaran taman rekreasi. Bagi menarik para pengunjung untuk beriadah ke taman rekreasi ini, disediakan“Eye On Malaysia” bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat keseluruhan taman ini. Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak mereka, terdapat taman permainan di mana anak-anak mereka boleh bermain di situ. Sambil melihat anak-anak bermain, ibu bapa juga berpeluang untuk mencuba alat senaman yang berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak tersebut. Pastinya tidak lengkap andai suatu taman rekreasi tidak disediakan gazebo. Maka, di taman ini terdapat beberapa gazebo yang disedikan untuk para pengunjung beristirehat mahu pun bersembang sambil menikmati suasana yang nyaman. Bagi mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja, taman ini boleh menjanjikan kepuasan dan ketenangan kepada setiap pengunjung yang datang.



Design 3
Apakah anda masih tercari-cari sebuah taman rekrasi yang menarik, tenang dan nyaman? Taman rekreasi ini (gambar di atas) mampu menjanjikan keseronokan dan memberikan suasana yang rileks dan seronok kepada para pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti menari yang dapat dilakukan bersama keluarga, teman mahu pun orang tersayang. Aktiviti seperti “water boat” dan bersenam boleh merehatkan badan dan minda setelah penat seharian bekerja. Bagi pengunjung yang mahu  menghayati keindahan keseluruhan taman ini, mereka boleh menaiki “Eye on Malaysia” yang sememangnya menjadi tarikan para pengunjung. Taman rekreasi ini juga mempunyai suatu kawasan lapang yang dipenuhi dengan pelbagai replika menarik seperti zirafah besar yang diperbuat daripada bunga. Sudah semestinya para  pengunjung tidak akan ketinggalan untuk menangkap gambar di kawasan berkenaan. Apabila bersiar-siar di taman ini, pengunjung pastinya akan tertarik dengan mercu tanda yang tinggi walaupun ia terletak agak jauh daripada  “Eye on Malaysia”. Mercu tanda ini juga menjadi satu lagi tarikan utama yang boleh menarik minat orang ramai untuk datang ke taman rekreasi ini. Segala apa yang anda inginkan pada sebuah taman rekreasi yang santai dan menarik terdapat di taman ini. 


18 comments:

  1. sofie..!!~ cantik la.. suke2..

    ReplyDelete
  2. siap de eye on malaysia lg... hebat gler taman ni..;-)

    ReplyDelete
  3. thanks mYra n mr/miss anonymous...huhu...hbt kan (^_^)

    ReplyDelete
  4. idea yang bagus.. keep up the good work..

    ReplyDelete
  5. thnx kengkwn atas pndangan yg d beri...=)

    ReplyDelete
  6. actually...gambar yg dah d bt der 3...
    tp yg d upload br 2...
    nnti sy akan masukkkan agi gambar yg ke3...=)

    ReplyDelete
  7. Sy lebih tertarik dengan gambar no.2 sebab ade "eye on malaysia". Then konsep taman permainan bersebelahan dengan tempat alat senaman ringan pun bagus. Disamping tempat yang kemas dan cantik setiap taman perlu ade daya penarik yang buat pengunjungnya tak jemu untuk berkunjung lagi.Ape2 pun tahniah dan selamat maju jaya

    ReplyDelete
  8. overall semua gamba2 2 cantik..cme kurg kemas je
    :D

    ReplyDelete
  9. miza...thnx atas komen yg diberi..mOga tmn rekreasi nie menjd 1 realiti satu ari nnti...;)

    ReplyDelete
  10. farhan...tq yerk bg kOmen yg membina...nnti sy akan mencantikkan lg gambar2 tersebut...;)

    ReplyDelete
  11. bagus2... cume kalo gune latar belakng yang berbeza mungkin lebih menarik.. contohnya taman- taman di bandar, kawasan perlancongan yang cantik di luar bandar... bla bla bla... :)

    ReplyDelete
  12. thnx to anonymous yg sudi beri komen yg membina...segala cadangan yg diutarakan akan dibuat penambahbaikan pd ms akan dtg...thnx a lots..;)

    ReplyDelete
  13. ckgu kh..tq atas pujian...sy pOwn suke...eheeee;)

    ReplyDelete